- Details
- Hits: 17232
Untuk akses kepada e-book (PDF), sila layari laman web http://www.pdfdrive.net
Muat turun tanpa had secara percuma.
- Details
- Hits: 19669
- Details
- Hits: 8012
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
Pengenalan Jabatan
Pautan : e-Pengurusan JPH | e-ASET | https://bit.ly/3jbOOjFPenubuhan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) di Politeknik Kota Kinabalu bermula pada tahun 2004 dengan menawarkan program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering (DHK) sebagai program terawal dengan kakitangan seramai 10 orang. Pada tahun 2009, JPH menawarkan program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering) (KHK) bagi pelajar kurang upaya pendengaran. Pada tahun 2015, program DHK kemudiannya telah dikemaskini dan digantikan dengan program Diploma Pengurusan Hotel (DHM) manakala program KHK kepada Sijil Kemahiran Hotel dan Katering. Peka dengan keperluan dan kehendak industri, bermula pada tahun 2017, JPH menawarkan program Diploma Pengurusan Resort (DHR) bagi melahirkan lebih ramai graduan yang menyumbang kepada keperluan tenaga kerja di pasaran.
Pada masa kini, terdapat seramai 27 orang pensyarah di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang komited ke arah meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan berdasarkan Outcome Based Education yang lebih berorentasikan kepada pencapaian pelajar dan bahasa pengantara yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Aktiviti pentaksiran pelajar terdiri daripada penilaian berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA). Aktiviti PB seperti amali, ujian, kuiz, tugasan, laporan projek, pembentangan, tulisan jurnal dan kajian kes, dirancang secara khusus untuk membantu pelajar mencapai hasil-hasil pembelajaran kursus. Prestasi pelajar juga dinilai ketika menjalani latihan industri pada semester 5 dan 6 bagi program DHM, semester 6 bagi program DHR manakala semester 4 bagi program KHK. Penilaian latihan industri dibuat oleh pihak industri luar dan juga pensyarah penilai yang telah dilantik. Sepanjang pengajian pelajar, mereka juga digalakkan terlibat secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum sebagai nilai tambah setelah tamat pengajian kelak.
Program-program yang ditawarkan di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti adalah:
- Diploma Pengurusan Hotel (DHM) – Work Based Learning (WBL)
- Diploma Pengurusan Resort (DHR) – Latihan Industri Konvensional
- Sijil Khas Operasi Katering (KOK)
Kurikulum
- Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menggunakan kurikulum yang sama di semua Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi.
- Komponen kursus terdiri daripada kursus umum, kursus teras dan kursus elektif mengikut bidang pelancongan dan hospitaliti.
Tempoh Pengajian
Program Diploma 3 tahun (6 Semester)
Program Sijil 2 tahun (4 Semester)
- Details
- Hits: 9629
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
DASAR PRIVASI
Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat yang dikumpulkan
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman web/portal yang lain.
Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain/portal lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web/portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web/portal yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
DASAR KESELAMATAN
Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.