Pengenalan Unit
Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPIK) telah ditubuhkan di Politeknik Kota Kinabalu pada tahun 2009. Ia diwujudkan bagi memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan staf Politeknik. Unit ini juga berperanan sebagai pusat utama penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi dan komersialan di Politeknik Kota Kinabalu.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
FUNGSI UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & KOMERSIALAN PKK 2016
Menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi di PKK.
Menyediakan ruang dan peluang bagi staf PKK untuk membentang dan menerbitkan kertas kerja penyelidikan dan inovasi dengan
penganjuran seminar.
Memudahcara proses permohonan geran penyelidikan FRGS dan PRGS.
Menggalakkan pembentukan kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan kreatif) di PKK.
Menggerakkan kajian keperluan PNA bagi setiap program akademik di PKK.
Memastikan KPI yang berkaitan penyelidikan dan inovasi di PKK dipenuhi melalui Polypmo.
Menerbitkan dokumentasi bagi penyelidikan dan inovasi di PKK.
Memudahcara dan menguruskan proses permohonan harta intelek bagi produk yang mempunyai nilai komersial.