Pengenalan Unit
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara profesional kepada semua pelajar dan staf PKK. Unit ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan berlandaskan pendekatan psikologi yang merangkumi aspek pencegahan, pembangunan dan pemulihan.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN KAMI:
- Menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan kepada pelajar dan staf PKK yang memerlukan,
- Mentadbir ujian-ujian psikologi yang berkaitan bidang tugas kepada pelajar dan staf PKK yang memerlukan (ujian personaliti, minat, kerjaya dan lain-lain ujian yang berkaitan),
- Merancang dan melaksanakan program / aktiviti berbentuk pencegahan, pembangunan dan pemulihan untuk membantu proses pembangunan pelajar dan staf melalui aspek psikologi, kemahiran sosial, akademik, emosi, kerjaya dan lain-lain yang berkaitan,
- Menyampaikan ceramah / taklimat yang berkaitan dengan bidang tugas kepada pelajar dan staf PKK.
CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI:
- Hadir terus ke pejabatUnit Pengurusan Psikologi dan berjumpa dengan Pegawai Psikologi / Kaunselor,
- Membuat janji temu bersama Pegawai Psikologi / Kaunselor melalui borang temujanji / melalui telefon / emel. (Sila dapatkan Borang Temujanji di pejabat Unit Pengurusan Psikologi /di pejabat jabatan masing-masing / di kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar / di pejabat KAMSIS).
# Maklumat Pegawai Psikologi / Kaunselor boleh diperolehi di laman sesawang rasmi Politeknik Kota Kinabalu : ‘Direktori Staf---Unit Sokongan Akademik---Unit Pengurusan Psikologi’
SALAH TANGGAPAN MENGENAI PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN:
- Kaunseling adalah nasihat semata-mata
- Pegawai Psikologi / Kaunselor yang menyelesaikan masalah saya
- Kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah sahaja
- Kaunseling adalah berbual-bual kosong sahaja
- Kita akan di “psiko” apabila berjumpa Pegawai Psikologi / Kaunselor
- Apabila sudah tidak terkawal barulah berjumpa Pegawai Psikologi / Kaunselor
ANTARA CONTOH KES YANG BOLEH DIBINCANGKAN:
- Masalah yang berkaitan akademik / prestasi akademik
- Masalah yang berkaitan kerjaya / prestasi kerjaya / perancangan hala tuju kerjaya
- Masalah komunikasi / perhubungan sosial / konflik antara rakan sekelas / rakan setugas
- Kurang keyakinan diri / kurang motivasi
- Masalah / konflik keluarga / perkahwinan / masalah bersama pasangan
- Masalah pengurusan kewangan
- Masalah / kecelaruan seksual
- Burnout & stres
- Pengurusan diri, emosi & masa
- Keliru dan sukar membuat keputusan / panik
- Keresahan / kebimbangan / Anzieti
- Kemurungan & rasa ingin bunuh diri / cederakan diri
- Ketagihan terhadap perkara / aktiviti negatif yang menjejaskan fungsi diri
- Perancangan akademik / pengajian / kerjaya
- Mengenali minat & personaliti
- dan lain-lain lagi yang sesuai mengikut kelayakan dan kemampuan Pegawai Psikologi / Kaunselor.