Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Details
- Hits: 11693
| Carta Fungsi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal |
| Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2013 | Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2014|
Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2015 | Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2016|
Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2017 | Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2018 | Laporan Aktiviti Pencapaian JKM 2019
Peluang kerjaya Pelajar | Jadual Waktu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan antara jabatan kejuruteraan yang menjadi tulang belakang dalam menyokong dan merealisasikan misi dan visi Politeknik. Setakat Sesi Satu 2023/2024, jabatan ini telah beroperasi dengan jumlah tenaga pengajar seramai 50 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akademik dan kemahiran dan di bantu oleh seorang pembantu makmal.
JKM menawarkan tiga program kejuruteraan iaitu:
(a)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
(b)Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP)
(c)Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
Bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran, JKM dilengkapi dengan 27 kemudahan bilik pengajian sebagai medan penyebaran ilmu. Di samping itu, JKM juga mempunyai 4 kemudahan bengkel serta 14 kemudahan makmal yang berfungsi sebagai ruang bagi pelajar mempelajari dan mengasah kemahiran dan juga bagi mengaplikasikan teori yang telah dipelajari di dalam bilik pengajian.