Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
- Details
- Hits: 11314
Antara program yang ditawarkan ialah:
i) Sijil Kemahiran Hotel Dan Katering (KHK)
ii) Diploma Pengurusan Hotel (DHM)
iii) Diploma Pengurusan Resort (DHR)
Pautan : e-Pengurusan JPH | e-ASET | https://bit.ly/3jbOOjF
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menawarkan program pengajian yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran luas yang dikehendaki dalam mempelopori dan memajukan industri yang berasaskan layanan mesra kepada pelanggan di samping dapat mengenalpasti, meneroka dan merebut peluang dan ruang perniagaan serta berani merealisasikan peluang dalam bidang industri tersebut secara global. Jabatan ini amat berhasrat untuk menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi seperti pengurus hotel, tukang masak, penyelia asrama dan pelbagai lagi.
Hospitaliti bermaksud meraikan tetamu dengan sopan santun dan memberikan layanan mesra. Justeru itu, atas kesedaran dan kepekaan Kementerian Pendidikan Tinggi ke atas keperluan tenaga pekerja di dalam industri pelancongan dan hospitaliti maka diwujudkan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di Politeknik Kota Kinabalu ini dan di beberapa institusi lain.
Program di jabatan ini menekankan aspek kognitif, psikomotor dan estetika di samping meningkatkan lagi kreativiti, inovatif serta keyakinan diri para pelajar. Para pelajar bukan sahaja memperolehi ilmu dari tenaga pengajar yang pakar dari jabatan ini, malahan mereka juga berpeluang mengalami keadaan kerja sebenarnya melalui program latihan sambil belajar. Aspek ko-kurikulum dan kerohanian juga diberi perhatian yang sewajarnya di dalam melahirkan bakal graduan yang bertanggungjawab dan berwawasan.