- Details
- Hits: 667
Pengenalan Unit
Unit Keselamatan dan Kesihatan ( UK ) berfungsi sebagai salah satu unit di bawah Sokongan Akademik di Politeknik Kota Kinabalu. Unit ini bergerak seiring dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Politeknik Kota Kinabalu yang fungsinya berlandaskan kepada Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKK.Peranan unit ini bagi meningkatkan dan menggalakkan suasana persekitaran kerja yang selamat dan sihat sejajar dengan pematuhan terhadap keperluan akta dan perundangan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.- Details
- Hits: 1017
Pengenalan Unit
UNIT KESUKARELAWANAN (UCSR) merupakan salah satu Unit Sokongan Akademik di dalam Politeknik Kota Kinabalu yang mula berkuatkuasa pada tahun 2019. UCSR ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan perancangan serta pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan bagi aktiviti sukarelawan oleh pelajar dan staf. Di samping itu, UCSR juga melaksanakan aktiviti CSR kepada komuniti setempat di dalam menambahbaik keperluan dan permintaan masyarakat sekeliling.
- Details
- Hits: 2784
Pengenalan Unit
Unit Aset Dan Stor (UPAS) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ditubuhkan bagi menyelaras dan memastikan setiap Aset Alih Kerajaan serta pengurusan Stor PKK dilaksanakan sepenuhnya mengikut ketetapan Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan serta berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
- Details
- Hits: 1118
Pengenalan Unit
Unit Keusahawanan merupakan unit sokongan akademik yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan dan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar dan graduan. Dengan hasrat untuk membentuk pelajar dan melahirkan graduan yang seimbang, holistik, berdaya saing serta dilengkapi dengan pemikiran keusahawanan agar boleh menjadi penjana pekerjaan, Unit Keusahawanan berfungsi untuk menyediakan ekosistem keusahawanan bersinergi, menjalin kolaborasi berimpak tinggi dan mengalakkan inovasi dan teknologi dalam keusahawanan. Semua ini adalah selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan yang kompetitif dan lestrari.
- Details
- Hits: 3055
Pengenalan Unit
Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Politeknik Kota Kinabalu mula berkuatkuasa mulai 01 April 2014. Sebelum itu, UKK dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam (UPA) yang diwujudkan pada Julai 2012. UKK ditubuhkan untuk memelihara dan meningkatkan imej Politeknik Kota Kinabalu serta mempromosi dasar dan program Politeknik Kota Kinabalu melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan. Di samping itu, UKK bertindak sebagai baris hadapan dalam menguruskan perkhidmatan pelanggan, maklumbalas dan aduan awam Politeknik Kota Kinabalu.