Jabatan Pengajian Am
- Details
- Hits: 6458
Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Bahasa, Unit Pendidikan Islam dan Unit Pendidikan Moral.
Unit Bahasa Inggeris melengkapkan pelajar dengan kursus Communicative English sebagai persediaan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian.
Unit Pendidikan Islam dan Unit Pendidikan Moral pula memberi penekanan terhadap pembinaan sahsiah diri para pelajar sama ada ketika berada di politeknik atau di luar politeknik. Unit ini juga memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar untuk diamalkan semasa berada di alam pekerjaan dan dalam kehidupan seharian.