Jabatan Kejuruteraan Awam
- Details
- Hits: 12089
JKA menawarkan tiga program yang utama iaitu:
i) Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
ii) Diploma Teknologi Berasaskan Kayu (DBK)
iii) Diploma Ukur Bahan (DUB)
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Kota Kinabalu merupakan jabatan akademik yang diterajui oleh Ketua Jabatan dengan kekuatan 60 orang staf akademik. JKA berperanan penting dalam memberikan pendedahan ilmu bidang kejuruteraan kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing.
Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara teori dan praktikal, merangkumi tiga bidang utama di JKA – Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Ukur Bahan (DUB) dan Diploma Teknologi Berasaskan Kayu (DBK). Kemudahan infrastruktur seperti bengkel kejuruteraan, makmal kejuruteraan, makmal komputer dan studio disediakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan sistem Outcome Based Education (OBE).
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) komited dalam melahirkan graduan politeknik sebagai peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang bakal mengemudi Malaysia menjadi negara maju.