Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4
Dari Meja Pengarah Politeknik Kota Kinabalu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam PKK Unggul
Antara aspirasi pendidikan tinggi negara adalah untuk melahirkan graduan yang holistik,
berciri keusahawanan dan simbang, iaitu dari segenap sudut merangkumi intelek, rohani
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi memastikan graduan yang dilahirkan menepati dan
memenuhi kehendak industri masa kini.
Politeknik Kota Kinabalu sebagai salah sebuah institusi TVET di Malaysia, turut komited
dalam melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing dalam pasaran ekonomi global. Di Politeknik Kota Kinabalu pelbagai
program akademik dan kokurikulum disediakan bagi memastikan graduan Politeknik Kota Kinabalu dibekalkan secukupnya bagi
menghadapi dunia pekerjaan sebenar setelah tamat pengajian.
Tahun 2018 dan 2019 menyaksikan pelbagai lakaran lembaran sejarah yang telah dicipta oleh warga Politeknik Kota Kinabalu di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dalam pelbagai bidang sama ada bidang pendidikan, inovasi, sukan, keusahawanan
mahupun kebudayaan. Justeru, Lakaran Kejayaan 2018 & 2019 Politeknik Kota Kinabalu merupakan testimoni pencapaian yang
diterbitkan sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan staf dan pelajar yang telah melonjakkan nama Politeknik Malaysia dan
Politeknik Kota Kinabalu khususnya di pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Semoga rentetan kejayaan dan pencapaian yang dihimpunkan dapat memberi suntikan semangat kepada warga Politeknik Kota
Kinabalu khususnya untuk terus komited memberi sumbangan ke arah pembangunan negara dalam bidang kemahiran.
Kepada sidang redaksi, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kerana berjaya menerbitkan Lakaran
Kejayaan 2018 & 2019 Politeknik Kota Kinabalu. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan amat dihargai.
Akhir kata, sekalung penghargaan sekali lagi kepada semua staf dan pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang berjaya menyumbangkan
kejayaan sepanjang tahun 2018 dan 2019. Harapan saya agar lembaran sejarah dan kejayaan terus dilakar bagi tahun-tahun akan
datang, seterusnya menjulang nama Politeknik Kota Kinabalu sebagai institusi TVET yang unggul di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Terima kasih.
Ts. ZAINAB BINTI OTHMAN ADK
Pengarah
Politeknik Kota Kinabalu