Pengenalan Unit

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTM) bertanggungjawab dalam melaksanakan penyelenggaraan rangkaian kampus, perkhidmatan servis komputer, pembangunan sistem dan perisian di Politeknik Kota Kinabalu (PKK). UTM juga bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan kemudahan peralatan teknologi maklumat (IT) yang berkesan untuk digunakan oleh semua warga kampus PKK.

Bagi tujuan pembangunan staf, UTM memainkan peranan untuk menganjurkan kursus berkaitan bidang IT kepada kakitangan PKK untuk meningkatkan kemahiran sedia ada dan berkongsi teknologi dan ilmu baharu. Matlamat utama unit UTM adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan perkhidmatan UTM di dalam kampus PKK.

Carta Organisasi



Perkhidmatan