Pengenalan Unit

Perpustakaan merupakan gedung ilmu utama bagi seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu Sabah. Perpustakaan berperanan sebagai Pusat Rujukan Maklumat dalam memperkasakan lagi azamnya untuk menjadikan Politeknik Kota Kinabalu cemerlang dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya. Beroperasi sebagai perpustakaan sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas pada tahun 1996, perpustakaan ini terus meleselesa, pertambahan koleksi dan perkhidmatan yang komprehensif dan terkini serta kemudahan perpustakaan yang selesa bagi kegunaan pengguna perpustakaan. Berlatarbelakang pemandangan hijau hutan paya bakau yang damai dan segar, perpustakaan yang mempunyai dua tingkat di bangunan tetap ini berupaya menampung 300-400 orang pengguna pada satu-satu masa serta memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien kepada warganya.

Kini, koleksi perpustakaan mencecah lebih 30,000 naskah termasuk bahan monograf dan bukan monograf, elektronik dan multimedia dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Sebagai pusat kecemerlangan akademik, Perpustakaan Politeknik Kota Kinabalu akan sentiasa berusaha meningkatkan serta memperkasakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti demi kepuasan pengguna serta mampu melahirkan modal insan yang seimbang dalam bidang akademik dan spiritual.

VISI : Membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti,perkhidmatan dan kemudahan yang efektif dan efisien, sistematik serta mesra pelanggan.

MISI : Sebagai pemangkin ke arah proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan berkualiti melalui aplikasi teknologi terkini bagi melahirkan modal insan separa professional.

FALSAFAH : Prasarana ilmu sejajar teknologi terkini.

DASAR PERPUSTAKAAN : Pengurusan Kualiti dan amalan penambahbaikan berterusan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN

OBJEKTIF UMUM
Menyediakan perkhidmatan maklumat berkualiti dan terkini kepada warga Politeknik Kota Kinabalu dengan memperolehi, mengurus dan memberi akses kepada sumber maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memperolehi khazanah ilmu yang relevan dan terkini untuk rujukan Pengguna
  • Mengurus rekod koleksi maklumat melalui sistem yang standard untuk memudahkan pengaksesan
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti dan memupukminat membaca dan membudayakan ilmu
  • Menyokong objektif organisasi dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan

Carta Organisasi



Perkhidmatan

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN

Perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan terbuka untuk kakitangan, Pensyarah dan pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah dan tertakluk kepada peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.     

Tempoh Pinjaman

Kategori Pengguna

Bil. Buku Yang Layak Dipinjam

Tempoh pinjaman

Pensyarah

5 buah

4 minggu

Kakitangan

5 buah

4 minggu

Pelajar

3 buah

2 minggu

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

  • Buku       
  • Buletin/Laporan Tahunan                 
  • Majalah   
  • Jurnal              
  • CD-ROM         
  • Laporan Projek Pelajar   
  • Bank Soalan Peperiksaan           
  • U-Pustaka

KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

  • Bilik Perbincangan
  • Meja Karel                                                                                                                                                                                                                    
  • Loker Penyimpanan Bagasi             
  • Komputer @Cyberline Zone    
  • Kemudahan Wi-Fi
  • Bilik RedSpot                      

Rujukan