Pengenalan Unit

Unit Aset Dan Stor (UPAS) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ditubuhkan bagi menyelaras dan memastikan setiap Aset Alih Kerajaan serta pengurusan Stor PKK dilaksanakan sepenuhnya mengikut ketetapan Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan serta berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Carta Organisasi



Perkhidmatan

Tugas dan Tanggungjawab Unit Pengurusan Aset dan Stor (UPAS) ialah :.

Bertanggungjawab untuk menguruskan semua Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan di PKK meliputi :

Pengurusan Aset

  1. Penerimaan;
  2. Pendaftaran;
  3. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;
  4. Penyelenggaraan;
  5. Pindahan;
  6. Pelupusan; dan
  7. Kehilangan dan Hapus Kira.

Pengurusan Stor Utama

Bertujuan untuk menguruskan stok yang meliputi Penerimaan, Merekod, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan, Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.

UPAS juga berperanan dalam ;

  1. Menguruskan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor;
  2. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian/ Jabatan;
  3. Menyelaras Laporan Suku Tahun daripada Kementerian/ Jabatan/ PTJ untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan setiap tiga (3) bulan sekali;
  4. Mendapatkan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan; dan
  5. Menyediakan dan mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya.

Rujukan