Pengenalan Unit

Unit Komunikasi Korporat (UKK) di Politeknik Kota Kinabalu mula berkuatkuasa mulai 01 April 2014. Sebelum itu, UKK dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam (UPA) yang diwujudkan pada Julai 2012. UKK ditubuhkan untuk memelihara dan meningkatkan imej Politeknik Kota Kinabalu serta mempromosi dasar dan program Politeknik Kota Kinabalu melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan. Di samping itu, UKK bertindak sebagai baris hadapan dalam menguruskan perkhidmatan pelanggan, maklumbalas dan aduan awam Politeknik Kota Kinabalu.

Carta Organisasi



Perkhidmatan

Peranan dan Fungsi Unit Komunikasi Korporat adalah :.

  • Merancang dan menyelaras promosi dan publisiti Politeknik Kota Kinabalu.
  • Menyelaras maklumbalas dan aduan
  • Merancang dan mengurus perhubungan awam menerusi strategi media
  • Menyediakan siaran media, kenyataan media dan nota kepada pengarang
  • Membantu dalam kolaborasi Politeknik Kota Kinabalu dengan pihak luar dan komuniti
  • Memantau isu semasa berkaitan politeknik di media cetak dan media elektronik
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perhubungan awam, perhubungan media dan protokol
  • Melaksanakan hebahan dan promosi melalui sosial media rasmi
  • Menyokong semua program dan aktiviti Jabatan dan Unit Politeknik Kota Kinabalu dari segi urusan koresponden, protokol dan publisiti media cetak & elektronik

Aktiviti Unit

  • Tugas-tugas UKK meliputi urusan membantu dan menyokong program-program Jabatan & Unit dari segi publisiti dan media (elektronik dan cetak) serta hubungan dengan agensi luar; penyediaan teks ucapan kepada perasmi program; mengatur kunjungan hormat Pengarah Politeknik Kota Kinabalu ke Jabatan dan agensi kerajaan dan swasta; menerima kunjungan hormat/lawatan daripada agensi luar; tugas-tugas promosi ke sekolah-sekolah dan pusat membeli belah seiring dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar; dan urusan promosi/hebahan melalui saluran media sosial rasmi Politeknik Kota Kinabalu.

Rujukan