Pengenalan Unit

Unit Keusahawanan merupakan unit sokongan akademik yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan dan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar dan graduan. Dengan hasrat untuk membentuk pelajar dan melahirkan graduan yang seimbang, holistik, berdaya saing serta dilengkapi dengan pemikiran keusahawanan agar boleh menjadi penjana pekerjaan, Unit Keusahawanan berfungsi untuk menyediakan ekosistem keusahawanan bersinergi, menjalin kolaborasi berimpak tinggi dan mengalakkan inovasi dan teknologi dalam keusahawanan. Semua ini adalah selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan yang kompetitif dan lestrari.

Carta Organisasi


Perkhidmatan

- Merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan pembangunan dan pembudayaan keusahawanan untuk pelajar dan graduan Politeknik Kota Kinabalu
- Menyediakan ekosistem keusahawanan melalui inkubator, aktiviti keusahawanan dan platform pembudayaan keusahawanan yang berkaitan
- Menjalinkan kerjasama dan jaringan kolaborasi keusahawanan berimpak tinggi
- Membantu pelajar dan graduan meneroka peluang keusahawanan untuk merealisasikan matlamat penjanaan pekerjaan
- Membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan keusahawanan yang terkandung di dalam kurikulum program pengajian Politeknik
- Menyokong dan mengalakkan pembangunan kompetensi keusahawanan di kalangan Pensyarah