Pengenalan Jabatan

Kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui program kokurikulum adalah menjadi matlamat Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang berketerampilan, mempunyai kepimpinan dan jati diri supaya dapat menunjukkan perlakuan ke arah semangat kenegaraan dan perpaduan yang jitu.

Penglibatan dalam kokurikulum memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan bakat potensi diri dan minat dalam kegiatan yang diceburi. Bagi mencapai matlamat ini, memerlukan inovatif dan kreativiti serta rasa komited tenaga pengajar dan pelajar. Kokurikulum di Politeknik ini meliputi segala kegiatan di luar bilik darjah seperti sukan, unit uniform, kelab dan persatuan. Kegiatan haruslah mengandungi unsur-unsur perkembangan nilai yang boleh membantu proses pembentukan diri bagi menjadikan mereka warga negara yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Sila klik pautan ini untuk maklumat bakat pengesanan bakat pelajar.

Carta Organisasi



Perkhidmatan


Rujukan