Pengenalan Unit

Unit Peperiksaan Politeknik Kota Kinabalu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh dua (2) orang Pegawai Peperiksaan dan tujuh (7) orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan.

Carta Organisasi


Perkhidmatan

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Unit Peperiksaan adalah :

1. PEPERIKSAAN AKHIR

1.1 Penyediaan Item Peperiksaan

  • Melaksanakan Bengkel Penggubalan Item Peperiksaan Akhir .
  • Melaksanakan Bengkel Penilaian & Pemurnian Item Peperiksaan Akhir
  • Melaksanakan cetakan Item peperiksaan akhir dan keperluan-keperluan peperiksaan akhir.
  • Mempamer dan mengesahkan jadual peperiksaan akhir selaras untuk rujukan pelajar dan pensyarah.

1.2 Pelaksanaan Peperiksaan Akhir

  • Dilaksanakan pada setiap hujung semester. Tempoh minggu peperiksaan adalah bergantung kepada Takwim Aktiviti Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN).

1.3 Pemprosesan Keputusan Penilaian

  • Keputusan penilaian akan diproses dalam tempoh empat belas hari (14) selepas peperiksaan akhir berakhir.

     1.4 Rayuan Keputusan Peperiksaan Akhir

  • Menguruskan permohonan rayuan atas keputusan peperiksaana akhir semester untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Ada dua (2) jenis rayuan yang boleh dimohon iaitu
  1. I.Rayuan keatas keputusan
  2. II.Rayuan semakan semula skrip jawapan

Pengurusan Persijilan 

  • Mengeluarkan Surat Pengesahan Tamat Pengajian kepada pelajar yang telah disahkan tamat pengajian di Politeknik Kota Kinabalu
  • Mengeluarkan Transkrip pelajar selepas berakhirnya Persidangan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil \ Diploma Politeknik KPT, kira- kira dua (2) bulan selepas keputusan rasmi dikeluarkan.

Penguatkuasaan Peraturan Penilaian

  • Menguatkuasakan peraturan penilaian akhir berdasarkan buku “ Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian” dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN).

Permohonan Pindahan Kredit

  • Menguruskan permohonan pindahan kredit bagi pelajar yang bertukar Program Pengajian dan berpindah masuk dari IPT lain.

Pendaftaran Membaiki Gred

  • Menguruskan permohonan pelajar untuk membaiki gred kursus bagi mana-mana kursus yang memperoleh gred C-, D+ dan D.

Lain-lain

  • Menguruskan permohonan gantian transkrip dan sijil\diploma
  • Mengeluarkan Transkrip dan Surat Tamat Pengajian dalam Bahasa Inggeris (bergantung kepada permohonan)

Rujukan