Pengenalan Unit

Unit Industri Korporat dan Kebolehpasaran PKK atau singkatannya CISEC adalah merupakan satu unit dibawah unit sokongan akademik yang ditubuhkan dimana fungsinya adalah untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar PKK. Unit CISEC memberikan fokus kepada pelajar semester akhir dimana pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus yang memberi nilai tambah kepada pelajar PKK. Buat masa ini Unit CISEC mempunyai 6 org pegawai iaitu Ketua Unit CISEC, Pegawai GE (Graduate Employability), Pegawai Hubungan Industri, Pegawai Pengesanan Graduan, Pegawai 1L5G dan Pegawai Alumni. Unit CISEC berada sepenuhnya di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Carta Organisasi



Perkhidmatan

Fungsi dan peranan CISEC adalah :

  • Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri
  • Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industry terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan
  • Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik
  • Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik

Rujukan