JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER

Pengenalan Jabatan

 
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan jabatan sokongan yang menawarkan kursus merentas jabatan-jabatan akademik induk seperti Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan.

JMSK ditubuhkan bagi memantapkan lagi pengetahuan pelajar mengenai Matematik, Sains dan Komputer. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan dan Penolong Ketua Jabatan; dan dibantu oleh tiga (3) orang Ketua Kursus.

JMSK terbahagi kepada tiga unit iaitu; Unit Matematik, Unit Sains dan Unit Komputer.

  1. Unit Matematik: Menawarkan kursus-kursus Matematik Kejuruteraan kepada semua pelajar jabatan kejuruteraan.
  2. Unit Sains: Menawarkan kursus Sains Kejuruteraan yang berteraskan kepada asas fizik bagi semua pelajar jabatan kejuruteraan.
  3. Unit Komputer: Menawarkan kursus-kursus Komputer kepada pelajar

Carta Organisasi